Wednesday, 23 November 2011

Mengatasi bau badan

Tips mengatasi bau badan yang di sebabkan oleh perluh, biasanya peluh bebas menguap ke udara. Tapi kadang kala ada sebahagian peluh yang terperangkap dalam badan / pakaian seperti di ketiak dan sebagai pemicu berkembang biaknya bakteria yang menimbulkan bau badan. Berikut tips mengatasi bau badan semoga bermanfaat.

Jaga kebersihan
Biasakan mandi dgn kerap kerana ianya merupakan hal terpenting dalam melawan bau badan

Hindari minuman yang panas
minuman yang panas dapat meningkatkan panas badan dan meningkatkan peluh, sebaiknya membiasakan minum minuman sejuk...

Hindari pakaian ketat dan berjenis sintetis

pakaian yang ketat dan berjenis sintetis menyebabkan lebih banyak peluh terhasil dari pada pakaian yang biasa. Sebaiknya memakai pakaian yang longgar dan dihasilkan dari kapas agar badan anda dapat bernafas

Gunakan deodorant dan anti perspirant

deodorant mengandungi antiseptic untuk melawan bakteria dan membantu mengurangkan bau badan, tapi tidak mengurangkan peluh yg terjadi. Anti perspirants mengandungi garam aluminium yang dapat mengurangkan peluh dengan menutup saluran peluh.

Gunakan minyak wangi
minyak wangi mungkin tidak dapat mengatasi langsung bau badan, namun minyak wangi mampu menyamarkan bau badan dengan aromanya.









more tips klik this link http://www.seputarduniawanita.com

Friday, 4 November 2011

Asal-usul Minyak Wangi


Minyak wangi adalah sebuah aksesori menarik dan sangat digemari oleh semua orang baik kaum lelaki mahupun kaum wanita.

Kebiasaannya, kita semua hanya menganggap sebatian minyak wangi sebagai suatu semburan yang dipakai pada tubuh kerana aromanya yang menarik dan juga bagi mengelak bau tubuh badan yang kurang menyenangkan.

Namun tidak semua orang tahu apakah bahan dan intipati yang terkandung di dalam minyak wangi itu sendiri.

Perkataan minyak wangi atau perfume (dalam bahasa inggeris) berasal dari ungkapan Latin iaitu peri membawa maksud merebak dan fume pula bermaksud asap.

Daripada kajian dan catatan sejarah terdahulu telah pun ada menunjukkan bahawa manusia purba menggunakan pelbagai jenis haruman semerbak hasil daripada pembakaran bahan-bahan seperti resin, getah dan kulit kayu.

Semuanya dikenali sebagai incense dan seringkali dimanfaatkan dalam upacara ritual khusus yang terbentuk keagamaan.

Masyarakat kuno ini juga percaya bahawa pemberian wangian untuk dewa-dewi yang dipuja akan menjadikan nasib mereka lebih baik.

Sejarah juga telah membuktikan penggunaan minyak wangi melalui penemuan dalam makam batu Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu.

Proses pengawetan mumia yang dilakukan khas untuk golongan raja-raja, bangsawan dan orang kaya menggunakan bahan wangian seperti getah damar (bahan sari yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok untuk melindungi bahagian yang cedera selepas diserang penyakit).

Selain itu ia juga melibatkan rempah, kayu dan resin, yang kemudiannyadicampur dengan minyak dan air untuk disapu sebagai balm pada tubuh jenazah sebelum dimakamkan.

Dunia Islam di zaman para khalifah juga telah memajukan teknologi dalam industri pembuatan minyak wangi sehingga ia berkembang menjadi sangat pesat.

Ramai para cendekiawan meyakini bahawa industri ini bermula melalui seorang ahli kimia yang sangat mahsyur iaitu Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) yang digelar sebagai Bapa Kimia Moden.

Jabir Ibnu Hayyan telah membuat penemuan mengenai teknik penghasilan minyak wangi iaitu melalui kaedah penyulingan, pengewapan dan penyaringan.

Ketiga-tiga teknik ini didapati mampu mendapatkan aroma minyak wangi daripada minyak pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Seorang lagi tokoh Islam yang terkenal iaitu Al-Kindi juga telah menulis sebuah kitab (805-873M) bertajuk Kimiya' al-Itr yang telah mengembangkan teknik dan kaedah Jabir Ibnu Rayyan secara lebih terperinci.

Al-Kindi juga banyak menulis mengenai berjenis-jenis bahan dan campuran sebatian untuk penghasilan minyak wangi.


sumber : google search











Fakta Yang Menarik Tentang Minyak Wangi


Mengapa minyak wangi yang sama aromanya berbeza apabila dikenakan kepada orang lain?
Secara umumnya, semua minyak sebenarnya boleh dipakai semua orang, meskipun baunya akan sedikit berbeza. Namun, setiap orang mempunyai kelenjar yang mengeluarkan hormon tertentu, dan mempengaruhi bagaimana aromanya bereaksi pada kulit. Apapun yang mempengaruhi aroma alami kulit anda, seperti stres, perubahan hormon, makanan, atau ubat-ubatan, boleh mengubah bagaimana aroma minyak wangi tersebut pada kulit anda.
Bolehkah menyemburkan minyak wangi pada tubuh yang sudah berbau peluh?
Minyak wangi atau spray sebenarnya digunakan untuk membuat tubuh wangi, bukan untuk menutupi bau badan. Namun kerana faktor kebiasaan, ramai yang menggunakan minyak wangi untuk menutupi bau badan. Padahal, kalau kita hanya memakai minyak wangi, cologne, atau bedak yang tidak memiliki zat aktif pembunuh bakteria atau menghentikan peluh di bahagian kulit dengan kelenjar apoccrine, boleh jadi tubuh kita akan bertambah bau. Sebaiknya cari produk yang memang memiliki kandungan zat aktif untuk melawan bau badan, seperti deodoran dengan antiperspiran.
Berapa lama daya tahan sebotol minyak wangi? 
Pada dasarnya, minyak wangi harus disimpan ditempat yang sejuk. Jika sudah dibuka sekali, harus dihabiskan dalam waktu tiga tahun. Kalau tidak, akan berevaporasi. Alkoholnya akan tercium banyak, warnanya juga berubah. Ada juga orang yang mengalami alergi, karena alkohol atau bahannya telah pun  rosak. Akibatnya kulit akan jadi gatal-gatal.
Mengapa ada minyak wangi  yang baunya cepat hilang, ada pula yang tahan lama?
Minyak wangi pada dasarnya merupakan campuran (konsentrasi) minyak dan air. Konsentrasi ini mempengaruhi ketahanan aromanya. minyak wangi umumnya merupakan tipe dengan konsentrasi tertinggi, yaitu dari 15-25 persen minyak wangi yang dilarutkan dalam alkohol. Setiap campuran dengan proporsi yang lebih rendah dari minyak untuk alkohol adalah air (eau). Dari situlah asal kata tipe-tipe wewangian, seperti eau de cologne yang konsentrasinya 2-5 persen (seperti disebut sebelumnya), eau de toilette, eau de parfum, hingga parfum atau perfume.
Daya tahan minyak wangi juga dipengaruhi oleh komposisi top notes, middle notes, dan base notes-nya. Menurut Lourdes, aroma jeruk biasanya dipakai untuk top notes, kerana aromanya tidak tahan lama. Namun saat ini sudah ada teknik (disebut kromatografi) yang membuat jeruk boleh ditempatkan di middle dan base. Ketika ditempatkan di base notes, aroma jeruk akan terasa lebih lama.
Apa yang dimaksud top, middle, dan base notes?
Top notes adalah kesan pertama dari aroma sebuah wewangian ketika disemburkan pada kulit. Aromanya cenderung lebih ringan, dan lebih mudah meresap dalam lima hingga 30 menit. Middle notes, yang biasa disebut juga sebagai heart notes, baru akan tercium 10 hingga 30 menit setelah disemburkan di kulit atau setelah aroma top notes meresap. Sedangkan base notes adalah aroma yang tercium hingga berjam-jam sesudahnya, biasanya terdiri atas aroma oakmoss, patchouli, woods, musk, dan vanilla.
Bagaimana menyimpan minyak wangi agar tahan lebih lama?
Kalau anda seorang pengumpul minyak wangi dan ingin mempamerkan koleksi anda di almari, silakan saja. Namun, jangan sampai tempat penyimpanan ini terdedah pada sinar matahari secara langsung. Hanya saja, bila sudah bertahun-tahun, warna minyak wangi tetap akan berubah lebih gelap kerana oksidasi. Itu sebabnya minyak wangi selalu disimpan dalam box dengan karton berlapis. Tujuannya, agar minyak wangi tidak terdedah pada panas dari udara luar. Sehabis memakai minyak wangi, simpan kembali di box supaya hawa yang panas atau dingin tidak langsung mempengaruhi aroma minyak wangi.


sumber : lapar.com

Thursday, 3 November 2011

Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol.

salam sume...tgh2 malam mcm ni baru sempat nak update...hmmm...berkenaan dgn tajuk di atas...ada bnyk persoalan & yang bertanya apakah hukum memakai minyak wangi beralkohol ni...kalo kita pakai minyak wangi beralkohol ni adakah sah solat kita...

sbb kedengaran ramai yang mengutarakan persoalan ni maka sy meng"google" lah dgn kelajuan streamyx yg maksimum maka jawapan yang saya temui dlm salah satu web jiwang.org...dan jawapan nye ialah : 


Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?


A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak - najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram". Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...


Wallahu a`lam.
Sumber: Http://www.drbadrulamin.blogspot.com





--------------------------------------------------------------------------------
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.



1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.


Sumber: Zaharudin.Net (Hukum perfume Alkohol)



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan :
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan..

Jawapan :
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis..

Sumber: JAKIM

Saturday, 29 October 2011

terbaru - Amor Amor by Cacharel

Memperkenalkan haruman terbaru koleksi Qaies Perfume.
Amor Amor Perfume by Cacharel..telah diperkenalkan sejak tahun 2003. 
Bahan dan patinya adalah dari Mesir. 
Amor Amor adalah campuran dari Jasmin, vanilla dan blackcurrant. 
Wangian yang tidak terlalu kuat dan amat sesuai utk wanita untuk kesegaran sepanjang hari...





Wednesday, 26 October 2011

UNDER RENOVATION

MAAF UNTUK SEMUA READERS..
BLOG KAMI MEMPUNYAI SEDIKIT MASALAH..
SEGALA KESULITAN AMAT LAH DIKESALI

THANX FOR UR CONVENIENCE

international inspired perfume










Sunday, 16 October 2011

Haruman terbaru...

salam pada semua...

jika anda penggemar wangian dan haruman, kami membawakan kepada anda produk terbaru...wangian yg berkualiti tinggi...dijual berasingan, anda boleh pilih jenama yang anda suka...

TERDAPAT LEBIH 30 JENAMA WANGIAN UNTUK ANDA...

Roll-on perfume dlm botol cute :

  • 2ml
  • 2.5ml
  • 3ml
  • 8ml
harga berpatutan...haruman tahan lama mengikut persekitaran anda..

  • 100% alcohol free
  • good material from france
  • minyak wangi gred A
cuba try test..................